Baja Bio-One-Plus
Pengenalan
Baja Cecair Organik Mikro
Untuk Pelbagai Tanaman Anda
Pertanian merupakan aktiviti yang telah berjalan sejak ribuan tahun dahulu. Bidang pertanian berkait rapat dengan kelansungan hidup manusia sejak zaman-berzaman. Sedikit demi sedikit teknologi pertanian telah dimajukan dan pelbagai penemuan baru dihasilkan untuk menambah baik produk dan hasil yang dikeluarkan. Daripada pertanian berasaskan bahan semula jadi, ketamakan manusia untuk menghasilkan pendapatan tinggi telah mendorong penggunaan bahan-bahan kimia berbahaya didalam sektor ini untuk mengawal penyakit dan perosak serta meningkatkan pengeluaran per hektar. Hasilnya memang memuaskan, tetapi didalam jangka masa panjang boleh mendatangkan mudarat seperti ancaman penyakit berbahaya yang dihadapi oleh masyarakat moden sekarang seperti penyakit-penyakit kronik termasuk juga kanser.
Pihak kami amat prihatin mengenai perkara ini, atas sebab yang demikian, berdasarkan konsep dan prinsip kembali kepada asas, pihak kami telah menjalankan kajian dan mengeluarkan produk-produk bermutu berkaitan di dalam industri pertanian secara organik agar membantu petani dan sesiapa sahaja untuk tujuan kesihatan, ekonomi dan kebahagian keluarga dengan menggalakkan pengunaan produk tanpa perlu menggunakan bahan kimia berbahaya dari baja hinggalah kepada penggunaan racun perosak dan sebagainya untuk manfaat kesihatan, ekonomi, dan kebahagian setiap lapisan rakyat Malaysia dan seluruh dunia.
Baja (A+B) Organik
Kebaikkannya apabila menggunakan produk Bio OnePlus ini, pokok tanaman akan lebih kuat, hasil yang lebih baik dan hasilnya lebih selamat berbanding jenama lain yang menggunakan bancuhan bahan kimia.
- Agen Penggalak buah/durian/dokong/rambutan/mangga dll
- Agen Penggalak bunga/sayuran/orkhid dll
- Agen Penyuburan media tanaman/tanah/sekam/sabut dll
- Agen Ketahanan penyakit / kulat / virus / kutu / hamama dll
- Nilai tambah kesihatan dengan Ekstrak Herba -Herba Perubatan
Cara Bancuhan Baja
CARA BANCUHAN BAJA CECAIR ( KAEDAH SIRAMAN BIASA )
- 250ML + 20 liter air - Untuk Padi (air bancuhan baja boleh digunakan semasa rendaman biji benih (percambahan). Penggunaannya semusim 3 kali iaitu ketika semai, anak dan bunting, dan kaedah yang biasa di gunakan ialah semburan berkabus atau kocakkan terus ke petak sawah (caranya ambil 10ml bio-oneplus atau 1 penutup terus kocakkan ke dalam petak sawah setiap 6 kaki. Kocakkan keliling petak sawah 3 kali semusim
- 10ml @ 1 penutup botol + 4 hingga 6 liter air - Untuk Tanaman Sayur-Sayuran seperti sawi,salad,kobis, kucai,jagung,bayam,kangkung, dan lain-lain lagi ( siram sebelah pagi anggaran secawan teh ais atau 250 ml 3 hari hingga 7 hari sekali )
- 10ml @ 1 penutup botol + 4 hingga 6 liter air - Untuk Tanaman Berbunga seperti ros,puding,bonzai,kertas.kekwa dan lain-lain lagi / jika untuk orkhid kaedah remdam digalakkan selama 15 minit atau sehingga akar orkhid kehijauan ( siram sebelah pagi anggaran secawan teh ais atau 250ml 3 hari hingga 7 hari sekali untuk orkhid kaedah rendam )
- 10ml @ 1 penutup botol + 4 hingga 6 liter air - Untuk Tanaman Sayuran Berbuah seperti cili,jagung,kacang panjang,buncis,bendi dan lain-lain lagi ( siram setiap hari atau 2 hingga 3 hari sekali sebelah pagi anggaran secawan teh ais sepokok,atau menggunakan pam springkler atau manual )
- 10ml @ 1 penutup botol + 2 liter air - Untuk Tanaman Berbuah seperti durian,mangga,dokong,rambutan dan lain-lain lagi ( siram sebelah pagi anggaran sepokok 1/2 liter hingga 1 liter air sepokok 2 minggu sekali atau sebulan sekali )
- 10ml @ 1 penutup botol + 2 liter air - Untuk Kelapa Sawit ( siram sebelah pagi anggaran 1/2 liter hingga 1 liter sepokok )
CARA SEMBURAN BERKABUS ( UNTUK PENCEGAHAN ; RAWATAN DAUN/BUNGA/BATANG )
Untuk media sekam @ sabut sahaja 100% sukatan ialah 10ml + 4 liter air (3 hingga 5 kali sehari bacaan ec ialah 1.5 hingga 2.0 untuk baja cecair mikro bio-oneplus ) Untuk media campuran sekam.sabut,tanah kadar sukatan ialah 10ml + 4 liter air ( 3 hingga 5 kali sehari bacaan ec ialah 1.0 hingga 2.0 )
ü 7 BAJA DALAM SATU BOTOL
ü KUANTITI SEBOTOL 5 LITER
ü AMAT SESUAI UNTUK SEMUA JENIS TANAMAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN, SAWAH PADI
ü MENJIMATKAN KOS ANDA
Mohd Arif Bin Ahmad
0124501152
Agen Diperlukan Di seluruh Negeri
sekiranya berminat bolehla berhubung dengan saya melalui MDA Arif ent.
ReplyDeletemdaarifent@gmail.com
ReplyDelete